Pertandingan menkiub Kiub_Rubik

Sejarah

Menkiub ialah sebuah sukan yang melibatkan menyelesaikan Kiub Rubik dengan masa yang tersingkat. Terdapat banyak pertandingan menkiub yang diadakan di seluruh dunia.

Pertandingan menkiub pertama diadakan oleh Rekod Dunia Guinness di Munich pada 13 Mac, 1981. Pertandingan tersebut menggunakan pencampuran biasa dan masa pemeriksaan yang ditetapkan. Pemenang-pemenang pertandingan tersebut ialah Ronald Brinkmann dan Jury Fröschl, dengan masing-masing mendapat masa 38 saat.

Kejohanan dunia menkiub pertama ialah Kejohanan Dunia Kiub Rubik 1982, yang diadakan di Budapest. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Minh Thai, seorang pelajar berwarganegara Vietnam daripada Los Angeles dengan masa 22.95 saat.

Sejak 2003, pemenang sebuah pertandingan ditentukan oleh purata masa tiga masa penyelesaian tengah ( tidak mengira masa terpantas dan masa terlambat) daripada lima penyelesaian. Masa terpantas daripada semua penyelesaian juga dicatatkan. Persatuan Kiub Dunia menyimpan sejarah berkaitan dengan rekod dunia. Pada tahun 2004, PKD telah menetapkan bahawa peserta pertandingan menkiub wajib menggunakan alat mencatat masa khas yang dinamakan Pencatat masa Stackmat.

Acara-acara Kiub Rubik

Selain daripada penyelesaian biasa Kiub Rubik, PKD juga mengadakan acara-acara yang melibatkan Kiub Rubik diselesaikan dengan cara yang berbeza:

  • Penyelesaian menggunakan satu tangan
  • Penyelesaian menggunakan kaki
  • Penyelesaian pergerakan tersedikit
  • Penyelesaian menutup mata
  • Penyelesaian menutup masa berganda, di mana peserta menyelesaikan sebilangan kiub sambil menutup mata

Dalam acara penyelesaian menutup mata, peserta-peserta mula-mula memeriksa kiub yang telah dicampurkan (melihatnya sebelum menutup mata), kemudian menutup mata mereka sebelum membuat pergerakan pada kiub. Masa yang dikira untuk acara ini bermula apabila peserta memeriksa kiub dan berakhir apabila kiub telah diselesaikan. Pemenang acara ini ditentukan oleh purata masa daripada tiga penyelesaian.

Dalam acara penyelesaian menutup mata berganda, peserta-peserta diberikan masa 1 jam untuk memeriksa dan menyelesaikan kiub-kiub yang jumlahnya yang telah ditetapkan oleh mereka. Skor acara ini dicatatkan dengan jumlah markah yang dikumpulkan selepas masa 1 jam telah tamat. Jumlah markah ditentukan dengan bilangan kiub yang dieselasaikan dengan betul. Kiub-kiub yang tidak diselesaikan tidak akan menyumbang pada jumlah markah. Jumlah markah yang tertinggi akan menentukan pemenang acara tersebut. Apabila terdapat banyak peserta yang mengkumpulkan jumlah markah yang sama, kedudukan akan ditentukan berdasarkan masa yang diambil, di mana masa yang lebih singkat akan mendapat kedudukan yang lebih baik.

Dalam acara penyelesaian pergerakan tersedikit, peserta-peserta diberikan tempoh masa 1 jam untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan pergerakan yang paling sedikit untuk menyelesaikan kiub. peserta-peserta juga perlu menulis jalan penyelesaian mereka.

Rekod dunia

Satu penyelesaian

  • Penyelesaian biasa: Masa terpantas dimiliki oleh Yusheng Du dari China dengan masa 3.47 saat di pertandingan Wuhu Open 2018.[7]
  • Penyelesaian satu tangan: Masa terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan masa 6.82 saat di pertandingan Bay Area Speedcubin' 20 2019.[8]
  • Penyelesaian kaki: Masa terpantas dimiliki oleh Daniel Rose-Levine dari Amerika Syarikat dengan masa 16.96 saat di pertandingan Heartland Champs 2018.[9]
  • Penyelesaian tutup mata: Masa terpantas dimiliki oleh Max Hilliard dari Amerika Syarikat dengan masa 15.50 saat di pertandingan CubingUSA Nationals 2019[10]
  • Penyelesaian tutup mata berganda: Masa terpantas dan jumlah markah yang terbanyak dimiliki oleh Graham Siggins dari Amerika Syarikat, dengan 59 kiub diselesaikan dengan betul daripada 60 kiub dan masa 59 minit 46 saat.[11]
  • Penyelesaian pergerakan tersedikit: Pergerakan tersedikit dimiliki oleh Sebastiano Tronto dari Itali dengan 16 jumlah pergerakan di pertandingan FMC 2019.[12]

Purata penyelesaian

  • Penyelesaian biasa: Purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian tersingkat dimiliki oleh Feliks Zemdegs dari Australia dengan purata masa 5.69 saat di pertandingan Koalafication Brisbane 2019.[13]
  • Penyelesaian satu tangan: Purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian tersingkat dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 9.42 saat di pertandingan Berkeley Summer 2018.[14]
  • Penyelesaian kaki: Purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian tersingkat dimiliki oleh Daniel Rose-Levine dari Amerika Syarikat dengan purata masa 21.51 saat di pertandingan CubingUSA Nationals 2019.[15]
  • Penyelesaian tutup mata: Purata masa daripada tiga penyelesaian tersingkat dimiliki oleh Max Hilliard dari Amerika Syarikat dengan purata masa 18.28 saat di pertandingan Yakima Valley Cubing Spring 2019.[16]
  • Penyelesaian pergerakan tersedikit: Purata pergerakan daripada tiga penyelesaian tersedikit dimiliki oleh oleh Sebastiano Tronto dari Itali dengan purata 22 pergerakan di pertandingan FMC 2019.[17]